Tuesday, October 28, 2014

Burger Perantauan





Assalamualaikum...







Haluuu...







Harini kite brunch burger. Burger kite petak bukan bolat sbb tu dinamakan art..hehe sebenarnya x jumpe ruti buger. Pun boleh la, bila ruti burger kite petak so daging buger kite petak gak..hehe

Satu hidangan burger biasanya mengandungi lebih 475 kalori tapi bila tambah sos, cheese, mayonis dan dressing  sume² lagi la berganda² sbb tu kelvin zahri ckp burger masuk dlm top 10 makanan paling mengemukan rakyat Malaysia..umhhh skali skala boleh je...(nak sedapkan diri sdiri).

 Mesti penuh daging lembu dalam peti ais korg kan sebab baru pas raya aidiladha, so pegi amik daging tu then kisar. Fresh meat lagi best dari daging kisar yg da ciap tu.





Bahan - Bahan :

500g daging kisar 
2 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
garam
gula 
1sk serbuk jintang manis
1sk serbuk jintang putih
serbuk lada hitam
1 bijik telur
bread crumbs




Cara - Cara :

1.   Blend bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan bahan yg telah diblend  ke dalam daging kisar. Gaul sebati.

2.   Masukkan segala serbuk, garam dan gula kemudian gaul lagi hingga sebati.

3.   Pecahkan telur sebijik dalam daging tadi kemudian gaul lagi..hehe sila rajin gaul² ea.

4.   Masukkan bread crumbs sedikit demi sedikit, agak² da boleh bentukkan daging kita tu cukup la.

5.   Bentukkan adunan daging tu dengan bentuk bulat atau apa² bentuk daging burger yg korang nak.

6.   Grill daging burger yang da korang buat dengan bersungguh² tu. Kalau nak goreng mcm jual kt kedai tu pun boleh, letak butter cikit then goreng².



7.   Sapu butter kat roti then bakar dalam toaster oven.

8.   Boleh letak daging, sayur dan ape² sos yg korang suke.
Da ciappp...






Ni baru puas ati makan burger kannn... Sila tgk pic bila da gigit burger ni, saje nak eksyen daging burger kite tebal...hehe korg sume pun boleh buat camni gak..



Ok da kenyang sampai esok..Selamat mencuba.




Bye²...

No comments:

Post a Comment