Sunday, April 26, 2015

Kek Cokelatttt Moist (Kukus)








Assalamualaikum...





Haluuu...





Cuaca kat Osaka skrg tgh best² je...uuuuu i love spring..hehe Memula nak msuk spring dlu sejuk ag so x suke sgt skrg ni suhu around 18-20 celcius, syok woo..


Ok, berbalik pada entry harini, tyme aq tgk running man tibe² incik asben line kasi pic resepi kek coklat kukus. Tersenyum aq sebab sebelum ni aq ade ckp lame kite x mkn kek cokelatt en, maklum la nak beli kek yg halal kt sini susah. Yg ade pun yg frozen tu pun jauh nk gi beli then ade 1 choice je. So bersyukur la kite lahir n membesar kat Malaysia sebab heaven gile makanan kat Malaysia, da la sedap murah plak tu.


Bila duk tgk² resepi tu skali semua bahan ade je kt dapur tu so esk bleh buat la. Resepi tu x tau link die dari mane incik asben amik tapi resepi dari Chef Wan. Esoknya aq tgk 1 cite korea ni, jln cite die best tapi heroin die kureng cantik ckit..adoiii ilang mood agagaga nk tgk yg cantek aje~. Jum ikot Chef Two ni buat kek.





Bahan - Bahan :

1 1/4 cwn Tepung Gandum
1 sk Baking Powder
1 sk Soda Bicarbonate
1 cwn Gula (aq letak 3/4 je)
1 cwn Serbuk Koko (Pure)
1 cwn Susu Cair (aq pakai susu segar)
1 cwn Butter
1/2 cwn Susu Pekat
3 bijik Telur
1 sk Vanilla esen (tambah sdiri)




Cara - Cara :

1.     Ayak tepung gandum, baking powder & soda bicarbonate then ketepikan.

2.     Masukkan gula, serbuk koko, susu segar, butter, susu pekat dan masak di atas api yg sederhana. Kacau sehingga sebati then make sure x hangus ea. Da nampak bubble² then tutup api.

3.       Biarkan sejuk seketika. Bila da sejuk bleh letak telur satu persatu then kacau hingga sebati. 

4.     Masukkan esen vanilla. Esen vanilla ni bleh ilangkan bau hanyir telur & aq suke sgt bau esen vanilla ni, wangieee.

5.     Kemudian boleh masukkan tepung tapi. Kacau sehingga semua bahan sebati. Masa aq duk kacau kekeng² kt dapur, incik asben tgk then die ckp nape x pakai hand mixer? dgn jujurnya aq ckp nanti malas nak cuci..hehe pemalas btol kan. Die gelak then ckp guna la, ag senang pakai hand mixer. Da ciap guna letak je kt sinki nanti die tolong cuci. Owhhh bahagia je dgr, trus g amik hand mixer..hehe

6.     Bila da ciap. Boleh kukus kek tu selama 45 minit atau sehingga kek tu masak.

* jgn lupe balut kain kat tutup pengukus tuk elak wap air masuk dalam bancuhan kek kite, kalau x nak balut dgn kain bleh guna aluminium foil then cover atas kek tu.


Ciappp...









kasi pic dekat cikitttt...









Bye²...

Saturday, April 25, 2015

Sakura






Assalamualaikum...





Haluuu...





Sape nak tgk pic Sakura?....x nak tgk pun aq nk tunjuk jugak..teeetttt



















Cantek kannn...ade colour putih, soft pink, pink terang..




Bye²...

Monday, April 20, 2015

Pudding Cocktail Dgn Custard Cream







Assalamualaikum...





haluuu...




Deman hanami dah hilang sebab sakura da xde..hehe so duk umah diam² sebab da penat jalan² pegi picnic sbil tgk sakura kan. Harini terasa nak makan dessert yg simple. Aq x suke sgt yg rasa lemak² ni sgt sebab nanti cepat rase muak pastu xleh mkn byk²...heeeeee

Tepung custard ni bawak dari Malaysia, semangat bawak sebab nk makan kat Jepun. Kat cini x sure ade jual ke x sebab biasa usya kt kedai xde, klau beli online tu mungkin ade la. Jum tgk resepi.






Bahan - Bahan :

Untuk Puding Cocktail

1 tin Cocktail (asingkan buah & air)
1 cwn Tepung Custard
5 sb Gula
1200 ml air


Untuk Custard Cream

500ml Susu Segar
200ml Air
200ml Sirap @ Air Cocktail (yg diasingkan tadi)
200 g Gula
1 biji Kuning Telur
2 sb Tepung Custard
1 sk Esen Vanilla






Cara - Cara :


1.     Memula kite buat puding dulu, masukkan tepung custard, gula dan air ke dalam bowl kemudian kacau sehigga gula larut dan tepung custard tidak berketul.

2.     Tapiskan dan kemudian masak di atas api yg sederhana sambil kacau sehingga die pekat dan berkilat.

3.     Potong cocktail dan masukkan ke dalam bekas atau acuan yg tahan panas. Masukkan puding yg dimasak tadi. Biarkan pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk.

4.     Then boleh buat cream die, satukan semua bahan kemudian kacau sehingga gula larut dan sebati.

5.     Tapiskan dan masak sehingga cream menjadi sedikit pekat. Tutup api kemudian biarkan pada suhu bilik dan masukkan ke dalam peti sejuk.

6.     Bila puding dan cream sejuk, boleh dihidangkan.




Ciap...














Bye²...


Monday, April 13, 2015

Ciken Lasagna Yang Simple










Assalamualaikum...






Haluuu...





Da lama x update blog ni...hehe sebab iols bz cikit. Dengan ini aq nk mengumumkan bahawa aq x suke winter...heeee kunun mcm suspen je en pengumuman. Serius uh, sejuk sgt x elok untuk badan kite, selalu kena selsema. Ye la bukan omputih en, lahir² kt Malaysia.

Btw sekarang ni da spring kt cini, Sakura da berbunga, canteekkkk. Even da spring tapi udara still sejuk lagi tapi much better dari winter aritu. Sejuk² ni dapat makan bde yg panas² mesti best kan. Jum tengok resepi lasagna ni.






Bahan - Bahan :

Kepingan lasagna secukupnya
cheese untuk ditabur

Inti Lasagna

500g ayam kisar
1 ulas bwg putih - (hiris halus)
3 ulas bwg merah- (hiris halus)
sedikit garam
cendawan butang secukupnya
1 tin diced tomato (pakai prego pun boleh)
serbuk oregano

White Sauce

500ml susu segar
3 keping cheddar cheese
3 sb tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
secubit garam





Cara - Cara:


1.   Memula kite buat die punya inti dlu, tumis bwg putih & merah sehingga naik bau kemudian masukkan ayam kisar. Kacau sehingga ayam tu masak.

2.   Masukkan 1 tin tomato dan cendawan butang kedalam ayam tadi kemudian perisakan dengan sedikit garam dan masukkan sedikit serbuk oregano. Biarkan sehingga cendawan masak kemudian ketepikan.

3.   Kemudian kite buat white sauce plak, masukkan semua bahan kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga sauce kelihatan pekat then ketepikan.

4.   Rebus kepingan lasagna dengan 1sk minyak sehingga lembut dan toskan.

5.   Letak kepingan lasagna di dalam loyang atau apa² bekas yang bleh dimasukkan ke dalam oven. kemudian masukkan inti ayam yang telah kite masak tadi, tabur sedikit cheese ke atas inti ayam then lapiskan dengan kepingan lasagna. Diikuti dengan white sauce kemudian kepingan lasagna lagi. Buat la sampai habis. Last sekali, Kat permukaan lasagna tu tabur cheese ikot selesa awk² semua.

6.   Bakar dalam oven selama 30-45 minit pada suhu 175 Celsius.




Ciappp...







Bye²...