Friday, May 1, 2015

Homemade Roti & Patty Burger Bakar







Assalamualaikum...





Haluuu...





Kali ni buat burger bulat plak, dulu burger petak kan..hehe burger petak tu sbb pakai ruti sandwich. So kali ni special ckit sebab buat roti sdiri, yeayyyy!!!! da bleh makan burger bolat. Xde bread maker pun bleh buat roti burger yg lembut tau.

Resepe roti burger ni aq amik blog jintangmanis , thanks Kak Ros sebab share resepi ni. Untuk patty die plak aq buat je ikot selera sendiri..hehe





Bahan - Bahan :

Doh Roti Burger

300g Tepung High Protein/ Tepung Roti
2 sb Gula
1 sk Garam
1 ½ sk Yis
1 biji Telur (kecil)-('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sb  Marjerin atau Butter
160 ml Susu Segar

Untuk Gliss

baki telur tadi+1 sk Susu Segar+beberapa titik Madu
sedikit Sesame Seed




Cara - Cara :


1.     Masukkan yis ke dalam sedikit air suam selama 5 minit.

2.     Satukan semua bahan doh kecuali butter didalam bowl. Gaul sebati. Masukkan yis kedalam bahan tepung dan uli. Jika terlalu kering, tambah lagi air. Jika terlalu lembik, tambah lagi tepung.

3.      Uli doh sehingga tidak melekat kat tangan kalau pakai mixer tu 10 minit je uli. Nak uli pakai tangan pun boleh. Tips untuk roti yg tak keras kite uli pakai plastik. Kira bila doh da tak melekat kat tangan tu masukkan doh dalam plastik dan picit² je dari luar plastik tu bleh buat sambil tgk tv. Uli dalam 15-30 minit, x rasa lama pun sebab sambil tgk tv.

4.     Masukkan doh ke dalam bowl tadi dan sapu butter & uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perapkan doh selama 1 jam.

5.     Selepas doh diperap, uli sekejap doh sekali lagi dan bentukkan  ruti dengan bentuk yg disukai. Aq buat 10 bijik ruti.

6.     Atur ruti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

7.      Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan ruti dengan bancuhan telur dan tabur sesame seed  di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.


Tadaaa....



Aq x letak sesame seed sebab x suke....=)

Resepi untuk patty burger plak:





Bahan - Bahan :

500g Daging Kisar
2 ulas Bwg Putih
3 ulas Bwg Merah
Garam
serbuk Lada Hitam
serbuk Kari
serbuk Paprika
serbuk Basil
* boleh letak sesuka hati byk mne & rempah yg disukai
1 bijik Telur
Bread Crumbs


Untuk Make-up Burger

Tomato
Salad
Cheese
Telur
Cucumber Pickle
Mayonis
Sos Cili
*apa² yg korang rasa nak letak dalam burger tu.




Cara - Cara :


1.   Blend bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan bahan yg telah diblend  ke dalam daging kisar. Gaul sebati.

2.   Masukkan segala serbuk dan garam kemudian gaul lagi hingga sebati.

3.   Pecahkan telur sebijik dalam daging tadi kemudian gaul lagi..hehe sila rajin gaul² ea.

4.   Masukkan bread crumbs sedikit demi sedikit, agak² da boleh bentukkan daging kita tu cukup la.

5.   Bentukkan adunan daging tu dengan bentuk bulat atau apa² bentuk daging burger yg korang nak.



6.   Bakar daging burger yang da korang buat dengan bersungguh². Ioilss pakai pemanggang ajaib je, sonang.

7.     Sapukan butter kat ruti yg kite buat tadi tu then letak skali dlm pemanggang ajaib, bila butter da jadi brown gold² tu bleh akat. Jgn lame plak t hangus ruti.

8.     Boleh letak sayur dan ape² bahan make-up yg korang suke dalam burger tu. Make-up tuk burger ea buka liptik, mascara bagai tu. Ciap..





Tadaa...

Ni burger bakar yang aq buat pagi tadi.



Jumlah kalori? eleh..bila da gigit x terasa bersalah malah puas ati dengan karya sendiri..hehe


Tiada lagi drama² kutip sesame seed atas ruti burger, bleh makan dengan tenang..hehe aq tyme kecik² memang buang sesame seed tu kalau makan burger, penat weh nak cubit satu² kt atas ruti tu..


Done!!!

Selamat mencuba..



Bye²...

No comments:

Post a Comment