Monday, October 19, 2015

Pai Epal Simple






Assalamualaikum...






Haluuu...





Kat rumah ni ada banyak sangat epal, asik makan camtu je so nak gak try buat pai. Makan panas² mesti sedap kan tambah² tyme sejuk camni..uishhh besttt. Pai epal ni dapat resepi kat sini thanks tuan blog for the recipe. 





Bahan - Bahan :


Pastry
300g Tepung Gandum
120g Mentega, disejukkan dan dadu kecil
40g Shortening
1sk Gula Aising
1/3sk Garam
4 - 5sb Air Ais

Inti Pai
3 biji Epal
2 1/2 sb Gula Perang 
1/2sk serbuk Kulit Kayu Manis
2sb penuh Mentega
1sb penuh Tepung Jagung
1/4sk Garam

Makeup
1 Kuning Telur*
1/2 sk Esen Vanilla*
1 sb Susu Cair (aku guna susu segar)*
*kacau rata







Cara-Cara :


1.     Mula² buat pastry dulu, satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Bungkus dengan plastik then simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

2.     Untuk inti plak kupas epal, buang kulit, empulur & dadukan epal.


3.       Panaskan mentega, masukkan epal kacau dan tambah gula perang dan garam. Kalau nak manis boleh tambah gula lagi, nak kencing manis bleh masukkan sekilo gula..=) 

4.     Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan. 

5.       Keluarkan doh dari peti sejuk,potong 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.

aku xde acuan pai, so guna bowl ni je...janji bleh masuk oven sudah....

6.     Isikan dengan inti pai, ratakan. Canai baki doh susun ikut kreativiti sdiri pada bahagian atas inti pai. Aku buat munge rose...hehe




7.      Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 - 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.






Ciappp...


















Bye²....

Saturday, October 17, 2015

Homemade Pepperoni Pizza






Assalamualaikum...




Haluuu...





Sekarang da autumn so makanan yang menjadi pilihan adalah makanan yang panas² & penyumbang adipose...hehe alasan x nak rasa bersalah makan makanan yang "menyihatkan" tubuh badan. Resepi kali ni aku buat doh roti pizza tu pakai bread maker je sebab malas kurang rajin 

tapiiii

tapiii

kucewa bila buka bread maker tu skali x jadi doh jadi macam yogurt..chehhhh kuang asam gelugur betol orang yg bagi resepi itu...( sambil imagine muka org tu yg gumuk x berapa nak kurus itu ). xpe la nak buat camne malas sgt nak uli dengan tgn kan skali 2 kerja kena buat. So aku share resepi doh pizza yang manual punya, yg ni mmg confirm jadi sebab aku selalu buat guna resepi ni.

Klik je kt doh ruti pizza ni. Nanti ikot la step² tu dengan gigih ea, nak makan benda best kna la gigih..hehehe nasib la duk jepun, klau x order je pizza pahtu tunggu sambil tengok the return of superman.. Ingat aku suka tengok runningman je lettew, google "the return of superman" ekh???






Bahan - Bahan :

Roti Pizza ( resepi sini )

2 ulas Bwg Putih
500g Daging Kisar
1 tin Tomato Dices
Sos Tomato
Maxican Hot Sauce (option)
Gula 
Garam
Oregano
Sosej
Mozzarella Cheese







Cara - Cara :


1.     Panaskan pan dengan sedikit minyak kemudian masukkan bawang putih yang telah dihiris kurus². Bila da naik bau masukkan daging kisar dan masak sehingga daging kisar tu masak. (nak tau masak t daging dia berubah colour jadi coklat cikit.

2.     Masukkan tomato diced. kemudian kacau lagi, biasa tomato ni ade 2 jenis 1 tomato diced yang macam aku guna ni 1 lagi yg whole peeled so jangan tertukar ekh masa nak beli tu.

 Alamakkk I tertukarla camne? camne? 
Jangan kepoci sangat, masukkan dalam pan then penyet²kn sampai kecik²....settle

3.     Masukkan sos tomato & sos maxican hot sesedap rasa. Maxican hot sauce tu tuk bagi dia rasa pedas cikit. Kalau xde, x payah letak. Nak letak gak? boleh ganti dengan sos cili sikit.

4.     Kemudian Perisakan dengan garam dan gula. Lepas tu tabur oregano then tutup api. Cian topping pizza kita.

5.     Ambil roti pizza kemudian sapu topping yang kita da masak tadi.



 6.     Letakkan sosej & tabur cheese banyak²...nyum²





7.     Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius selama 20 - 30 minit. Tengok agak² roti pizza kita da brown² tu ok la.




Ciappp.....





Yang mail nak tau bahan camne aku guna tu, ni haaaa



yang paket besar tu tepung, sos besar tu sos tomato yg botol colour turquoise tu oregano. Bleh beli kat Gymo. Sosej halal pun ade kt situ, gambar?? heeeee lupa nak amik tapi cap rose.



Bye²...

Monday, October 12, 2015

Overnight Oats






Assalamualaikum...




Haluuu...




Ni resepi da berkurun tapi baru ingat nak share, duk tengok² gambar dalam phone skali jumpa gambar overnight oat ni so rajinkan diri tuk menaip resepi ni. Kalau x taip nanti lupa plak nak buat camne kan. Overnight oat ni xyah nak sukat, nak timbang pun bahan² dia. Main agak² je.







Bahan - Bahan :


Rolled oats
Plain Yogurt
Fresh Milk
Madu
Buah- Buahan pilihan masing²







Cara - Cara :


1.     Memula sediakan mason jar, masukkan oat secukup rasa kemudian sudukan yogurt keatas oat tu then masukkan madu. Ulang langkah tu sampai jar tu penuh, jangan penuh sangat nanti x muat nak letak buah.




2.     Masukkan fresh milk then tutup jar, masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman.




3.      Bila nak makan baru letak buah-buhan sebab nanti lembik x sedap. 1 jar ni boleh makan untuk  sehari kalau aku la. Kenyang oat ni. Kalau sape² xde masa nak prepare breakfast or bekal utk lunch, boleh bawak bekal overnight ni ke kelas @ tempat kerja. Senang sebab duduk dalam mason jar kan.




Aku letak kiwi & blueberry dalam oat ni..besttttt..




bye²