Sunday, May 29, 2016

Roti Oat






Assalamualaikum...




Haluuu...





Harini nak share 1 resepi ruti.. aku memang peminat tegar ruti, klau tak makan nasi pun tak pe asal ada ruti. Oleh kerana banyak sangat stock oat kat rumah ni beli kunun nak kuyus makan oat je tapi skali je makan pastu tak hingin pandang dah so kita guna oat ni untuk buat ruti. Kteorg makan berdua ni tahan la 2-3 hari. 

Resepi ni aku dapat kat sini thanks tuan pyer resepi sedap sangat, gebu uoilss ruti ni


Bahan - Bahan :

(Untuk Doh)
320g Tepung Roti
2sk Yeast
180 ml Air 
1/2 sk Bread Improver*
1/2 sk Bread Softerner*(*optional)

(Bahan Lain)
80g Quaker Oat
60ml Air
6g Garam
25ml Madu
25g Brown Sugar
30g Butter





Cara - Cara :

1.     Masukkan semua bahan untuk doh ruti ke dalam bread maker kemudian setkan kepada setting untuk adunan, kalau bread maker aku ni sejam je da siap uli.

2.     Biarkan adunan naik 2 kali ganta kemudian masukkan bahan² lain dan settingkan lagi skali untuk doh pada bread maker.

3.     Keluarkan doh kemudian boleh bentukkan doh kepada bentuk yang disukai. Aku buat roti bun kunun macam bunga bolat².

4.     Tutup adunan dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaan ruti dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. 

5.     Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. 




tinggggg siappp...


Ni la ruti oat ioilss yg kunun nak bentuk bunga tu











Belanja pic dekat sikit..haaa gebu ...

So boleh biarkan ruti sejuk or boleh ngap panas².. aku suka ruti panas² sedap wooo.
Bleh gak makan dengan mushroom soup.Nak resepi Mushroom soup yg sedap sgtttt sgtttt tgk sini..












Bye²...

Sunday, May 15, 2016

Mango Panna Cotta









Assalamualaikum...






Haluuu...





Berhabuk blog, hehe....Actually busy packing & unpacking barang² sebab kteorg pindah rumah baru. Still lagi kat Osaka la but kt Suita. Penat weh pindah rumah ni, nampak macam sikit je barang² kiteorg skali packing, berkotak². Benda yg byknya baju la, yg musim winter pyer baju lagi la tebal² kan, tu pun da pakai vacuum bag. Yang pasti ratio baju aku : husband = 5:1..keh² biasa la perempuan.


Panna Cotta ni dessert yg senang & simple then x pakai banyak barang pun. Aku buat dessert ni masa housewarming kteorg, tapi masa tu buat Strawberry Panna Cotta sebab x jumpa mango. For me, aku lagi suka Mango tapi Panna Cotta ni boleh je nak letak buah pape as long as korang suka buah tu, kan buat untuk makan sendiri but pliss jgn letak durian ok..even ko hantu durian,tengok durian mengalir air liur mimpi² sampai nagis bucu katil x dapat makan sebab buah ni sangat x sesuai dengan Panna Cotta.


Jum kita buat Mango Panna Cotta.






Bahan - Bahan :

2 sk gelatin (larutkan dengan 3 sb Air Panas)
1 cwn Susu Segar
1/2 cwn Heavy Cream
1/4 cwn Gula
1 biji Mango atau 12 biji Strawberi








Cara - Cara :


1.     Larutkan Gelatin dengan air panas kemudian kacau sehingga gelatin betol² larut. Aku guna gelatin Halalgel, bawak dari Malaysia lg..gigihhh (tepuk tangan kekuat)

2.     Masukkan susu segar, heavy cream dan gula ke dalam sauce pot kemudian panaskan dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau² biar gula hancur dan sebati. Bila da panas, tengok klau da keluar bubble² kat tepi pot tu da boleh tutup api then masukkan larutan gelatin tadi. Kacau sehingga sebati.

3.     Susu tadi kita boleh tuang ke dalam bekas yang sesuai untuk dessert macam cawan kecik² tu. Then sejukkan panna cotta kita di dalam fridge selama 5-6 jam.Sejuk² baru besttt.

4.     Untuk mango sauce plak, blend mango sehingga menjadi puri. Aku da tak letak gula dalam puri tu sebab tak nak kill rasa mango tu. Kalau pakai strawberry boleh letakkan 2-3 sk gula masa blend tu.Ikut selera masing². Simpan puri dalam fridge gak.

5.     Bila nak makan boleh sudukan puri mangga tadi ke atas panna cotta kita. 




Siapppp













Makan tyme panas² ni best....sejukk











Ni plak strawberry panna cotta yg aku buat masa housewarming.





Selamat mencuba...




Bye²...