Saturday, October 8, 2016

Murtabak Daging (Guna Roti Prata Je)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Murtabak Daging ni aku buat ala-ala Murtabak Singapore la cikit, daging melimpah² ke roti prata so jadi lah murtabak..hehe Disebabkan tiada seni untuk menibar roti canai maka dengan seboleh²nya pikir cara untuk buat murtabak tanpa mencanai tepung. Solution yg paling senang & tak sepahkan dapur ialah dengan mengunakan roti prata.

Yup...roti prata je ok, gi beli yg frozen kt supermarket aje. Kat Osaka ni ada jual roti prata frozen & Halal plak tu,import dari Malaysia lg..Confirm sedap. Jum tengok resepi murtabak ni.







Bahan - Bahan :


500g Daging Kisar
3sb Rempah Kerutuk
1 biji Bawang Besar 
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Telur secukupnya











Cara - Cara :


1.     Mula² kita buat inti murtabak dulu, hiris nipis bawang putih,bawang besar & halia. Tumiskan semua bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau.

2.     Masukkan daging kisar dan goreng sekejap, masukkan plak rempah kerutuk. Kacau sehingga daging masak dan inti menjadi kering sedikit. Perasakan dengan sedikit garam kemudian siap. ketepikan dulu inti murtabak ni.

 3.    Untuk kulit murtabak plak keluarkan roti prata dari freezer sekejap, agak² lembut sikit da boleh dicanai dengan roll kayu. Tabur tepung kat board supaya tak melekat roti prata kita tu. Canai macam nak buat kulit karipap. Canai nipis agak²  boleh letak inti kat dalam dan lipat petak. Jangan nipis sangat takot koyak plak nanti letak inti.

4.     Pecahkan 1 telur dalam bowl then kacau, masukkan plak beberapa sudu inti kedalam telur tadi kemudian kacau lagi. Kalau suka bleh tambah hirisan bawang besar, aku tak letak sebab x suka bawang banyak².

5.     Letakkan inti yang telah bercampur dengan telur tadi kat tengah² roti prata yang telah dicanai then lipat macam kat kedai jual murtabak tu.

6.     Amik pan then masukkan sedikit minyak kemudian goreng murtabak kita tu tadi. Masa nak masukkan murtabak ke dalam pan aku guna sudip lebar tu so kadar murtabak pecah then kuar inti tu agar sedikit..hehehehehehe Goreng sampai garing then bleh la angkat. 

7.     Nak macam Murtabak singapore tu boleh la tabur inti yang kita buat memula tadi kat atas murtabak yang da digoreng tadi. Kemudian ulangla sampai habis inti kita buat tadi, kalau rasa banyak boleh goreng sikit then sejukkan, letak dalam freezer jadi murtabak frozen, nak makan goreng je nanti..senang kan

Boleh makan murtabak ni dengan kari ayam, marbelesss.. 




Ciappp...





Makan plak dengan teh susu...uishhhhh 





Bye² ...



No comments:

Post a Comment