Thursday, January 12, 2017

Kek Sarang Semut






Assalamualaikum...





Haluuu...




Semangat membaking luntur sikit sejak winter ni, sejuk woo rasa malas nak gerak, nak duduk dalam selimut sambil tengok cerita je..hehe over. kali ni nak share resepi kek sarang semut. Mak iolss suka buat kek ni. Dulu² tak teringin sangat nak makan kek ni sebab dia macam kenyal cikit. iolss suka kek yang gebu gebas tu..Lepas tu nak mkan kek ni leceh,sebab kena buang semut dulu...hehehe  tapi husband request kek sarang semut ni. Kak rumah Ma panggil kek gula hangus, rupanya sama je nama je lain.






Bahan-Bahan :

(A)
250 g Gula Pasir 
225 ml Air 
75 g Butter 

(B)
4 biji Telur Gred A
125 g Tepung Gandum*
1 sk Soda Bikarbonate*
1 sk Baking Powder*(*disatukan dan diayak)
75 g Susu Pekat
1 sk Esen Vanilla








Cara - Cara :


1.     Masukkan gula ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula cair, kacau hingga gula menjadi karamel, Masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, Hati² ekh sbb takot terkena tangan.pamas wooo kacau hingga rata. Masukkan butter, kacau hingga butter cair. Tutup api dan biakan sejuk.


2.     Pukul telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan gula karamel tadi. Putar sebati dan masukkan dalam acuan yang telah di letak baking paper. Rehatkan 30 minit.



3.     Panaskan oven pada suhu 170C kemudian bakar selama 45 minit atau hingga masak dengan mengunakan api BAWAH sahaja.




Tadaaa siappp...






Yang lubang² tu aku potong serong so nampak jelas la lubang² sarang semut..heeeeee





Bye²...

No comments:

Post a Comment